General Physics Corporation Home PageLeading the World to Better Performance
GP International

GP Malaysia

Pasarana dan Kakitangan

Sumber kemahiran GP Malaysia merangkumi pakar-pakar peningkatan prestasi kerja, seperti pakar perunding, pengendali kursus dan para jurutera, di sokong oleh lebih daripada 1700 professional global kami. Pastinya, GP Malaysia mempunyai keupayaan yang menyeluruh, kepakaran yang tiada tolok bandingnya, dan perkhidmatan bermutu tinggi untuk mana-mana inisiatif peningkatan prestasi atau kebolehan, samada inisiatif yang besar maupun yang kecil.

Pasarana Produksi

GP Malaysia mempunyai pasarana produksi yang secukupnya bagi tujuan penghasilan, pembentukan dan percetakan bahan-bahan kursus latihan dan dokumentasi :

  • Pasarana CAD—Kami mempunyai pengalaman meluas didalam penghasilan lakaran dan gambarajah mekanikal dan elektrikal menggunakan sistem rekabentuk dan lukisan berkomputer (CAD Systems). Kemahiran dan kecekapan yang diperolehi setelah sekian lama didalam kepakaran ini, menghasilkan kos projek yang rendah, lukisan dan gambarajah berkualiti tinggi dan jangkamasa projek yang lebih pendek untuk para pelanggan kami.
  • Arkib Latihan—Kami mempunyai sebuah arkib data yang tersedia ada untuk bahan latihan, dokumentasi penerangan sistem dan prosedur kendalian yang spesifik untuk sesebuah loji, yang akan membantu kakitangan teknikal kami dalam penyediaan bahan-bahan latihan. Dari ini, GP Malaysia mampu menghasilkan bahan latihan dengan kadar yang cepat dan secara kos efektif.
  • Percetakan Dalaman—GP menggunakan perisian pemerosesan perkataan terkini dan pencetak berjenama bagi memastikan dokumentasi yang dihasilkan adalah berkualiti professional dari segi percetakan dan elektronik.

Lokasi Pejabat

General Physics Malaysia Sdn. Bhd.
Suite 35-9, The Boulevard
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

E-mel: gpmalaysia@gpworldwide.com
Telefon: +603-2287 0115 (Amerika Syarikat: 888-843-4784)
Faks: +603-2287 7115

Untuk keterangan lanjut, sila e-mel kami di
atau 888-843-4784 di Amerika Syarikat,
03-20949888 di Malaysia.
Kembali ke kepala helaian